"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Astaghfirullah.. Benarkah ada 'setan' kat sini ?? (Gambar)

Ada berapa ekor 'setan' dimasukkan secara berjemaah kat dlm lembaga tabung ni ??



-------------------------------
Penyata kewangan Tabung Haji negatif, rugi RM351 juta, kata PKR

PKR mendakwa sekiranya pendeposit Tabung Haji mengambil kembali simpanan, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayarnya yang bermakna bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, ia akan mengalami kerugian lebih besar.

Penyata Kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit menunjukkan rizab terkumpul negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, sekiranya pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan tersebut dan kekurangan dana sebanyak RM351 juta.

"Kedudukan kewangan ini berlaku sebelum 2015 yang menyaksikan kejatuhan pasaran saham dan nilai mata wang ringgit yang mendadak.

"Ini bermakna bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, Tabung Haji akan mengalami kerugian yang jauh lebih besar," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Tabung Haji semalam mengesahkan Bank Negara memberi amaran menerusi surat berhubung liabiliti yang lebih rendah daripada asetnya, tetapi memberi jaminan kepada pendeposit, simpanan mereka selamat dan penyimpan wang jemaah haji itu tidak berdepan masalah kewangan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail berkata, penilaian Bank Negara tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah yang diduduki.

“Sepanjang tahun kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai saksama portfolio pelaburan Tabung Haji,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, prestasi kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik disokong asetnya yang kukuh termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi dan sebagai contoh, aset tunai saja pada 31 Disember, 2015 sebanyak RM10.7 bilion.

“Tabung Haji hari ini memberi jaminan kepada pendepositnya simpanan mereka di Tabung Haji adalah selamat,” katanya.

Rafizi dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, Tabung Haji tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar kembali simpanan pendeposit sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2015.

"Tabung Haji tidak mempunyai rizab keuntungan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2015 kecuali ia meminjam wang atau mencairkan asetnya.

"Ini bukan perkara kecil dan saya akan terus meneliti perkara lain mengenai prestasi kewangan Tabung Haji," katanya.

Sebagai permulaan, katanya, beliau menuntut Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan serta merta di atas kegagalan beliau memastikan prestasi kewangan Tabung Haji tidak menjejaskan simpanan pendeposit.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: