"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Orang lain bersatu kecam TPPA, PAS masih kecam Amanah

Kumpulan-kumpulan penyokong PAS (foto) dan Amanah dilihat menjarakkan diri antara satu sama lain dalam demonstrasi anti-perjanjian TPPA di Padang Merbok Kuala Lumpur. — Foto oleh Yiswaree Palansamy
Kumpulan-kumpulan penyokong PAS (foto) dan Amanah dilihat menjarakkan diri antara satu sama lain dalam demonstrasi anti-perjanjian TPPA di Padang Merbok Kuala Lumpur. — Foto oleh Yiswaree Palansamy
KUALA LUMPUR, 23 Jan — Banyak kumpulan yang selama ini tidak sebulu sanggup melupakan perbezaan mereka demi membantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Namun PAS dan serpihannya Parti Amanah Negara (Amanah), yang turut serta dalam bantahan di Padang Merbok petang tadi, terus bersengketa.

Kumpulan-kumpulan penyokong PAS dan Amanah dilihat menjarakkan diri antara satu sama lain dalam demonstrasi anti-perjanjian tersebut, yang akan dibahas untuk diluluskan di Parlimen minggu depan.

Dianggarkan disertai lebih 4,000 orang, kumpulan penyokong parti Islam dilihat lebih dominan, termasuk melemparkan perasaan marah mereka kepada penyokong Amanah.

“Jahanam Amanah!”, “Hancur Amanah!” antara slogan yang dilemparkan kumpulan PAS ketika ahli parlimen dan naib presiden PKR Tian Chua menyampaikan ucapan.

Selain dua parti politik yang bertelagah itu, pertubuhan yang selama ini jarang sealiran termasuk di pentas demonstrasi tetapi muncul bersama menentang TPPA termasuklah Perkasa, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Bersih 2.0 dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Dalam perhimpunan aman selama tiga jam, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai daripada kumpulan anak muda beraliran anarki.

“Terdapat satu tangkapan lelaki Melayu yang dibuat di Jalan Tun Perak disyaki kumpulan anarki yang pihak polis tangkap sebelum ini.

“Tangkapan dibuat bagi mencegah kejadian yang tidak diingini berlaku,” kata ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.

Polis menganggarkan antara 5,000 hingga 7,000 penentang TPPA berkumpul di padang itu, tidak jauh dari bangunan Parlimen dan ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.

Dewan Rakyat akan mengadakan sidang khas pada Selasa dan Rabu ini bagi mengesahkan penyertaan Malaysia dalam perjanjian dagang ini bersama 11 negara lain.
malaymailonline

Tiada ulasan: