"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Pakatan Harapan makin tiada harapan

Faridz Ridzwan
Ramai pengundi yang cenderung pembangkang memberi reaksi terhadap tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada agensi dan syarikat berkaitan kerajaan GLC di Pulau Mutiara.
Rata-ratanya setuju bahawa ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen hanya menjalankan tugas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dalam pembentangan usul UMNO mengenai isu alam sekitar di negeri itu.

Alam sekitar adalah isu penting membabitkan rakyat Pulau Pinang dan soal politik kepartian memang tiada makna dalam perkara sebegini.

Pengundi pro pembangkang seluruh negara berpandangan, Guan Eng sepatutnya meraikan perbezaan pendapat oleh kedua-dua ADUN PKR itu dan menyemak kembali dasar kerajaan negeri, bukan balas semula dengan menyingkirkan mereka.

Semua setuju tindakan Guan Eng itu menambahkan lagi ketenatan gabungan parti pembangkang yang memang sudah tenat akibat pergeseran antara DAP dengan PAS sebelum ini. Tidak terfikirkah Guan Eng akan hasrat pengundi yang menginginkan perubahan?

Untuk ke Putrajaya, mahu tidak mahu pembangkang kena berpakat dan bergabung, bukannya mencari gaduh sesama sendiri. Habis punah harapan pengundi muda yang mahu perubahan. Kalau ini caranya memang sampai bila-bila UMNO Barisan Nasional terus berkuasa. Tak payahlah pengundi harapkan apa apa.

Mahu Malaysia amalkan sistem dua parti macam Amerika Syarikat dan United Kingdom? Lupakan sahajalah kalau perangai Pakatan Rakyat atau kini Pakatan Harapan yang macam ini rupanya. Kita sudah tahu memang tiada harapan.

Lagi satu, apabila kita membaca laporan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang singkirkan Kah Peng dan Chin Wen hanya kerana dua ADUN PKR itu bersikap berkecuali semasa undian usul itu, ini menimbulkan persoalan mengenai apa bezanya sikap beliau dengan Perdana Menteri, Najib Razak?

Luahan pendebat terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam, menerusi Facebooknya mengenai persamaan Guan Eng dengan Najib tepat sekali. Saling tak tumpah sama sahaja kepemimpinan Guan Eng dengan Najib. Kebetulan pula kedua-duanya mewarisi dinasti politik hebat daripada ayahanda masing-masing.

Sejak isu pemecatan dua ADUN PKR meletus, kita ada didatangi kawan yang cenderung kepada pembangkang. Mereka yang jengkel dengan sikap DAP, meluahkan rasa kecewa dengan parti berkenaan yang ‘mengacau’ PKR. Kenapa mesti berbalah sesama rakan? soal mereka. Sekali pun tidak setuju kenapa perlu ‘diserang’?

Jelas, isu 1MDB, dana politik RM2.6 bilion dan ketidakmatangan menteri Kabinet macam Ahmad Maslan dalam memberi kenyataan tiada gunanya kalau inilah sikap DAP terhadap PAS dan PKR. Tidak bimbangkah DAP dengan kajian terbaharu Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati hampir 2/3 responden Melayu di Selangor percaya DAP ialah sebuah parti berasaskan perkauman yang hanya mementingkan komuniti Cina, manakala separuh daripada mereka percaya DAP anti-Melayu dan anti-Islam?

Sudah begini keadaannya disertai persepsi tak enak terhadap DAP, kenapa Guan Eng mesti singkirkan ADUN PKR itu daripada GLC? Sedih apabila kita melihat situasi ini kerana suatu ketika dulu kita sangat kagum dengan Guan Eng semasa beliau mula-mula ambil teraju Kerajaan Pulau Pinang.

Tiada ulasan: