FMT Reportersg
ANKARA: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mengalami masalah mental dilayan seperti haiwan oleh keluarganya apabila diikat pada jeriji di luar rumah mereka.
Kejadian dilapor berlaku di bandar Siverek, wilayah Sanliurfa, lapor Mail Online.
Menurut laporan tersebut, kanak-kanak yang dikenali dengan nama Salih berasal dari sebuah keluarga pelarian Syria di Turki.
Laporan itu yang turut disertakan dengan rakaman video menyebut, ia telah dilepaskan oleh bapanya sendiri selepas jiran mereka melahirkan rasa simpati dan mahu agar mereka melepaskannya.
Namun, selepas ikatan itu dibuka, Salih dilapor telah menghilangkan diri.
Berdasarkan keterangan keluarga, Salih pernah cuba untuk melarikan diri sebelum ini dan disebabkan faktor itu ia telah diikat.
Selain itu, keluarganya turut mendakwa, agak sukar untuk mengawalnya yang sering bertindak diluar kawalan.
Dalam pada itu, Kementerian Keluarga dan Dasar Sosial Turki menyatakan, pihaknya sedang mencari Salih selepas kanak-kanak tersebut didera keluarganya.
Tambah kementerian itu, pihaknya juga bersedia menempatkan kanak-kanak berkenaan di sebuah pusat perlindungan demi menjaga kebajikan Salih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan