"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Dah Melampau!!! Menteri ni kata 'Bumiputera akan mencuri kalau tidak dibantu oleh Kerajaan'

Hina Sungguh Bumiputra Pada Mata Menteri Najib...Sebarkan
KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri yang menyatakan Bumiputera kalau tidak dibantu oleh Kerajaan akan mencuri ini kenyataan merupakan satu penghinaan kepada seluruh kaum bumiputera sendiri di seluruh pelusuk Negara ini.

Berapa ramai kah bumiputera yang sudah di bantu kerajaan dan berapa ramai kah bumiputera yang tidak mendapat bantuan dari kerajaan pastikah mereka yang tidak mendapat bantuan dari kerajaan mereka sudah mencuri.

Perkataan yang diluahkan oleh Nancy itu sama sekali tidak masuk akal dan kebudak-budakan begini saja sebagai contoh di kalangan orang ramai yang menyokong kepada parti-parti pembangkang tentunya tidak mendapat apa-apa bentuk bantuan dari kerajaaan dan mereka berusaha empat kerat tulang untuk mencari makan ada kah mereka ini tergolong di senarai hitamkan sebagai pencuri.

Nancy sendiri bumiputera apa yang dilontar percakapannya itu diibaratkan Nancy meludah kelangit balik terkena muka sendiri.

Ramai juga golongan bumiputera bekerja sendiri tanpa mendapat apa-apa bantuan tapi tahap memikiran mereka tidak sampai pula mencuri ini jelas Nancy cakap sedemikian rupa adalah untuk bahan ejekan dan olok-olokan bangsa lain nanti tanggapan mereka memang benar kalau kaum bumiputera tidak mendapat bantuan dari kerajaan mereka tentu jadi pencuri dan kerjanya tiada lain melainkan mencuri saja.

Sebagai seorang yang berkedudukan tinggi dipersada dunia politik tanah air sehingga menduduki kerusi empuk di Jabatan Perdana Menteri sebelum mengeluarkan apa-apa isu yang boleh menyinggung perasaan bangsa lain seharusnya difikikan dahulu bukan ngomong sembarangan ikut sedap mulut saja sepatutnya Nancy tak mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Taraf bumiputera bukan saja terdiri daripada orang Melayu bahkan Iban-Bidayu-Penan-Dayak-Melanau-Kadazan-Dusun-Murut-Orang Sungai dan Orang Asli mereka tentu tersinggung kalau dikatakan bumiputera tidak dapat bantuan dari kerajaan mereka mencuri.

Sumber: sabahinsider14

Tiada ulasan: