"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DAP-PKR, jangan sampai rakyat meluat!

Wan Ji Wan Hussin
Dalam laporan berita, 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR ditamatkan perkhidmatan mereka dalam GLC kerajaan Pulau Pinang.
Dilaporkan juga, penamatan itu punyai kaitan sikap berkecuali mereka daripada mengundi menentang usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang sewaktu sidang Dewan Undang Negeri (DUN) pada November lalu.

Kesan daripada berita ini, berlaku serangan balas daripada pihak PKR yang dikepalai timbalan presiden, dan disambut sebilangan pimpinan tertinggi dalam AMK.

Dari sudut pandangan penyokong Pakatan Harapan, kejadian sebegini bukan perkara yang selesa. Terutama, melihat perpecahan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini berpunca daripada peperangan media antara parti-parti dalam PR tanpa berjaya diselesaikan dalam mesyuarat ekoran keegoan setiap wakil parti untuk atasi perbezaan secara matang.

Kerosakan yang berlaku tidak wajar berulang kembali. Justeru, perbezaan yang melahirkan pertembungan perlu diatasi dalam mesyuarat Pakatan Harapan, bukan melalui serangan media.

Pihak setiap parti perlu menampilkan sifat yang matang dan sikap berjiwa besar dan berhujah berdasarkan kebijaksanaan sehingga melahirkan keputusan yang matang dan ternyata memberi kebaikan kepada rakyat.

Jika pihak parti-parti dalam Pakatan Harapan tidak bertindak sebegini, walaupun kegagalan seperti PR dahulu mungkin tidak berulang kembali, kebimbangannya rakyat yang melihat akan melahirkan perasaan meluat kepada gabungan ini. Sudah pasti, ia tidak menguntungkan kepada Pakatan Harapan juga.

Setiap pimpinan parti perlu ingat, cukup-cukuplah angkuh dan ego dalam permainan politik. Yang paling penting, usahalah agar tindakan memberi kebaikan kepada rakyat, bukan sebaliknya.

Tiada ulasan: