"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


VIDEO WANITA BERJALAN BOGEL DI SETAPAK

wanita jalan bogxl setapak
Dalam kejadian pada Khamis (18 Februari) kira-kira jam 1.30 petang itu, orang ramai yang berada di pasar raya Mydin, Danau Kota dikatakan terkejut dengan aksi ‘luar biasa’ wanita berkenaan yang dilihat selamba berjalan dalam keadaan bogel.

“Saya dan pelanggan terpinga-pinga melihat gelagat wanita itu. Semua pelanggan termasuk saya memandang ke arahnya tetapi dia buat selamba sahaja” kata Hassan, pekerja sebuah restoran yang dimasuki wanita terbabit.

Menurut Hassan, wanita tersebut yang berusia 20-an dan tinggal di kondominium berhampiran kelihatan seperti dalam keadaan separuh sedar ketika membeli sekotak rokok.

“Hampir 30 minit dia berada di restoran ini sebelum pengawal keselamatan datang membawa dia keluar. Dia merayau-rayau di sekitar kawasan kondominium sebelum masuk ke dalam restoran menyebabkan orang awam merakam gambarnya,” katanya seperti dilaporkan akhbar tempatan.

Menurut jirannya, wanita terbabit tidak pernah melakukan perkara seperti itu dan ia adalah kali pertama dia dilihat bertindak di luar kewarasan akal.

Katanya lagi, wanita itu kini tidak lagi tinggal bersama beberapa rakan serumahnya di situ selepas dijemput oleh ibu bapanya.

Pada pandangan kami, wanita berkenaan mungkin sedang khayal di bawah pengaruh dadah atau mengalami gangguan emosi.

Bagaimanapun, ramai netizen menyuarakan kekesalan atas sikap orang ramai yang hanya melihat kejadian berkenaan tanpa membantu menutupi wanita tersebut dengan kain.

Sebelum ini, kejadian serupa pernah berlaku sekitar Februari tahun lepas, di mana seorang wanita ditahan kerana berjalan dalam keadaan bogel di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: