"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siapa dia Peguam Negara?

Mohamed Hanipa Maidin
1. Berdasarkan ruang lingkup Perlembagaan, Peguam Negara menjalankan dwi peranan.
2. Pertamanya beliau adalah Penasihat kepada Kerajaan . Keduanya beliau juga mewakili Kerajaan sebagai Pendakwa Raya yang mempunyai budibicara untuk mendakwa mana mana mana orang atas kesalahan jenayah.

3. Artikel 145 ( 3 ) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara mempunyai budibicara untuk mendakwa, tidak mendakwa, menarik balik atau gugurkan apa apa pendakwaan jenayah ke atas mana mana orang. Mahkamah di Malaysia menyatakan budibicara Peguam Negara tidak boleh dipersoalkan oleh Mahkamah yang beerti ia kebal. Sebaliknya ada keputusan di Mahkamah negara lain seperti Singapura dan England yang memutuskan budibicara peguam negara masih boleh disemak oleh Mahkamah dalam keadaan keadaan tertentu.

4.Sebagai Pendakwa Raya bukan bermakna Peguam Negara sendiri yang mesti hadir ke Mahkamah dan kendalikan perbicaraan jenayah. Dalam menjalankan tugas dan peranan sebagai PendakwaRaya ( public prosecutor ), Peguam Negara dibantu oleh Timbalan Timbalan Pendakwaraya ( Deputy Public Prosecutor atau biasa dipanggil DPP ) di mana DPP ini adalah "alter ego " iaitu pihak yang jalankan peranan Pendakwa Raya.

6. Peguam Negara dilantik oleh Yang DiPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau mestilah seorang yang layak untuk dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan.

Wallahu 'alam

21.02.2016

Pengerusi Kanun
Parti Amanah Negara

Tiada ulasan: