"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


‘Budak solar’ dua beradik ini bingungkan doktor, siang aktif malam lumpuh dan tak boleh bercakap

Pakistan Solar Kids
Islamabad – Shoaib Ahmed, 13, dan adiknya, Abdul Rasheed, sembilan, yang digelar ‘budak solar’ membingungkan doktor di Pakistan.

Kedua-dua beradik itu aktif seperti kanak-kanak lain ketika siang hari.

Tetapi, sebaik matahari terbenam, kedua-duanya lumpuh – tidak boleh berjalan atau bercakap.
Profesor di Institut Sains Perubatan Pakistan, Javed Akram berkata, dia masih mencari punca penyakit dua beradik itu.

“Kes ini mencabar kami. Doktor kami melakukan pemeriksaan untuk menentukan bagaimana kanak-kanak ini boleh aktif di siang hari, tetapi tidak boleh membuka mata, tidak boleh bercakap atau tidak boleh makan apabila mata hari terbenam,” katanya ketika melawat kedua-dua beradik itu di hospital.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: