"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Dulu RM3,665, kini RM23 juta (Gambar)

Jaguar
London – Sebuah kereta vintaj Ja­guar yang pernah dibeli pada harga £635 (RM3,665) kira-kira 50 tahun lalu kini memecahkan rekod apabila dijual pada harga £4 juta (RM23 juta) dalam satu majlis lelongan baru-baru ini.

Seorang jurugambar, Guy Griffiths membeli jaguar model XK120c C-Type itu yang pernah menyertai beberapa perlumbaan kereta di seluruh Eropah.

Malah, Griffiths turut memiliki beberapa kereta lumba lama dan dia kini mempunyai sebuah muzium kecil untuk menempatkan kesemua koleksi kereta klasik di rumahnya yang terletak di Cotswolds.

Dia kemudian meninggal dunia pada tahun 2003 dan anak perempuannya, Penny Griffiths-Woodley yang juga me­rupakan seorang pelumba kereta telah mengambil keputusan untuk menjual salah satu koleksi bapanya itu.

Kereta itu merupakan satu daripada 45 buah kereta Jaguar C-Type yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta Bri­tain, namun hari ini, hanya lapan buah dikatakan berada di seluruh dunia, malah lima daripadanya masih bertan­ding pada perlumbaan kereta vintaj 24 jam Le Mans di Perancis.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: