"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Pemandu teksi wanita diserang dan dirompak penumpang, leher dirodok dengan gunting (Gambar)


Serdang – Leher dirodok dengan gunting tajam hingga cedera parah. Itu nasib malang dialami seorang pemandu teksi wanita apabila diserang penumpang secara mendadak.

Dalam kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa dikatakan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mahu menggunakan perkhidmatan teksinya dari Bandar Puteri di sini, menuju ke Sri Petaling.

Sumber berkata, mangsa berusia 51 tahun menjemput suspek di sebuah hotel di Bandar Puteri dan meminta mangsa singgah ke Laman Puteri bagi menjemput seorang lagi rakan sebelum menuju ke Sri Petaling.

“Sebaik tiba di Laman Puteri, seorang suspek mengarahkan mangsa menghentikan teksi model Proton Exora dipandu.

“Suspek menikam leher mangsa menggunakan gunting sebelum mengugutnya menyerahkan wang dan kunci teksi,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan nyawa, mangsa menyerahkan kunci kenderaan kepada suspek.

“Sebaik mendapat kunci kenderaan, suspek menolak mangsa keluar dari teksi dan melarikan diri,” katanya.

Mangsa yang dibantu orang ramai membuat laporan polis di Balai Polis Puchong.

“Selain teksi, barangan berharga mangsa termasuk beg sandang, telefon bimbit dan wang tunai turut dilarikan suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Mohd Megat Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu.
-hmetro

Tiada ulasan: