"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Ustazah Hamidah', rezeki murah beli Harakah jadi bahan ketawa

ARIF ATAN
Ulamak Pas dipercayai di pihak yang benar hanya kerana tidak dipukul ribut
Ulamak Pas dipercayai di pihak yang benar hanya kerana tidak dipukul ribut

Selain insiden dipukul ribut dan pekikan 'Jahanam PAN' mewarnai Muktamar Tahunan Pas ke-63 tahun ini, kenyataan individu dikenali sebagai Ustazah Hamidah turut menarik perhatian netizen.

Dakwaannya yang bernombor telefon 011-232416x bahawa ulama parti mereka di pihak benar hanya kerana tidak dibadai ribut kelmarin menjadi bahan ketawa pengguna media sosial dan pada masa dilihat sebagai amat mengarut.

"Midah bertugas di muktamar. Midah tengok sendiri ribut tu tak kena langsung para ulama kita. Ini tandanya ulama kita di pihak yang benar," dipetik daripada keratan WhatsApp yang tular di aplikasi tersebut.

Kenyataannya itu juga dipertikai memandangkan ketika ribut melanda tapak ekspo di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, Alor Setar, ramai perwakilan dan ulama Pas dikatakan berada dalam dewan untuk sembahyang Maghrib.

Pada masa sama, dakwaan wanita berkenaan seolah-olah mangsa ribut itu termasuk kanak-kanak berada di pihak yang salah.

Untuk rekod, tidak kurang 18 cedera dengan dua daripadanya patah kaki pada hari pertama perhimpunan agung tahunan parti tersebut, 29 April lalu.Turut tular dan menjadi bahan sendaan pengguna media sosial apabila Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengaitkan pembelian akhbar rasmi parti itu, Harakah dengan dimurahkan rezeki.

"Kalau cawangan itu kata tak ada duit nak beli Harakah, kena beli Harakah. Insya-Allah akan dilipatgandakan rezeki cawangan itu. Allah yang akan melipat gandakan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki," ujar Ahli Parlimen Temerloh itu.

Beliau yang sebelum ini dikenali dengan ungkapan, "walaupun kami rata-rata pakai serban tapi dalam jubah ada lutut dengan siku yang boleh diguna" pada muktamar tahun 2015 sebagai amaran kepada DAP sekali lagi terus menarik perhatian ramai tahun ini.

Dianggap banyak pihak sesat lagi menyesatkan, kempen Nasrudin menggalakkan ahli memiliki Harakah itu dinilai netizen sebagai melampaui batas lantaran ganjaran seperti dimurahkan rezeki hak Allah bukan ketentuan ulama Pas.

Walau bagaimanapun, tidak bagi penyokong taksub Pas yang dilihat tidak berupaya berfikir secara waras apa lagi selari dengan perintah dan larangan-Nya.

Dalam hal berkaitan, Nasruddin gagal merebut salah satu jawatan sebagai Naib Presiden Pas bagi sesi 2017-2019 apabila cuma mengaut 478 undi perwakilan.

Tiada ulasan: