"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Mat Sabu berterima kasih kepada Presiden Pas

Saya berterima kasih kepada Presiden Pas, kata Mat Sabu
ARIF ATAN
Mohamad SabuPresiden Amanah, Mohamad Sabu menghargai peranan Pas yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana dianggap memberi sumbangan secara tidak langsung kepada parti Islam generasi kedua itu.
Menurutnya, kenyataan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang seperti disiarkan dalam akhbar pro Umno-BN, Mingguan Malaysia 16 April lalu merupakan salah satu sumbangan yang dimaksudkan.

"Saya berterima kasih kepada Presiden Pas kerana banyak membantu Amanah dan Pakatan Harapan.

"Diantaranya apabila Presiden Pas buat kenyataan mengatakan orang Melayu boleh mengundi sama ada Umno atau Pas.

"Tu dia, rupanya kamu (Pas) bersama (Umno). Ini yang syok ni. Kami cakap (sebelum ini), kamu tak percaya," ucapnya dalam nada berseloroh pada Ceramah Pakatan Harapan di Kijang, Pengkalan Chepa, Kelantan semalam.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam wawancara khas bersama akhbar tersebut menegaskan kuasa politik orang Melayu ada pada Pas dan Umno.

"Jika mana-mana parti nak tadbir Malaysia, pilih Pas atau Umno. Kita terbuka kepada mana-mana parti nak bersama dengan Pas, syaratnya terima Islam," katanya seperti dipetik.

Mengulas lanjut, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu kenyataan Abdul Hadi yang secara terbuka di pihak Umno itu bercanggah dengan apa yang ditekankan dalam perjuangan Pas sebelum ini untuk terus menentang Umno-BN.

Bahkan, beliau berkata, lantaran pendirian itulah dirinya pernah menjadi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Tiba-tiba sekarang boleh undi Umno atau Pas. Ertinya, sudah ada kerjasama.

"Inilah perkataan Presiden Pas yang amat membantu kita. Sekarang ini kami tak larat nak cetak borang Amanah.

"Di Selangor, beribu menyertai Amanah sampai keluar berita di Astro Awani menyatakan ribuan ahli Pas dan DHPP (Dewan Himpunan Penyokong Pas) sekarang," tambah Mat Sabu lagi.

Tiada ulasan: