"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menantu ATGNA ni dah jadi ahli nujum pulak

'Satu kerusi pun AMANAH takkan menang'
 "Mereka adalah kemuncup. Satu kerusi pun AMANAH takkan menang di Kelantan," tegas salah seorang menantu kepada bekas mursyidul am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Abdul Ariffahmi Abd Rahman berkata, beliau yakin PAS berkemampuan untuk terus menerajui Kelantan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang mesti diadakan selewat-lewatnya suku ketiga tahun depan.

"PAS mempunyai ‎strategi tersendiri untuk terus kekal memerintah Kelantan," katanya ketika diminta mengulas senario politik di negeri itu dengan kewujudan parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Untuk rekod, Ariffahmi pernah mencetuskan kontroversi apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan pada September 2009.

Pelantikan itu mengundang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa membabitkan amalan nepotisme, namun tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap beliau.

Nama Ariffahmi juga disebut-sebut menjadi antara punca hubungan Nik Abdul Aziz dengan beberapa setiausahanya menjadi renggang.

Perkembangan itu kemudian menyaksikan Anual Bakri Haron akhirnya tersingkir daripada jawatannya sebagai setiausaha politik Nik Abdul Aziz.

Anual Bakri kini menyertai AMANAH bersama seorang lagi bekas setiausaha politik Nik Abdul Aziz, Datuk Husam Musa.

Ariffahmi yang kini memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Machang berkata, selain tidak mendapat sokongan rakyat Kelantan, AMANAH juga hanya bergantung kepada sokongan DAP untuk memenangi sebarang kerusi pilihan raya.

"Mereka hanya bergantung kepada DAP, jika diberikan kerusi (DAP) untuk bertanding bolehlah menang di kawasan DAP," katanya sinis.

Selain itu, katanya, PAS sudah memiliki pengalaman lima kali bertanding pilihan raya dengan menghadapi pelbagai serangan dilakukan pihak lawan.

"Alhamdulillah kita yakin dapat menghadapi serangan (ujian) PRU ke-14 dengan baik. Gerak kerja bersepadu dan pertolongan Allah SWT, insya-Allah akan memberi kemenangan kepada kita," katanya.

Beliau ditemui selepas berakhirnya muktamar PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar semalam.
-malaysiakini

Tiada ulasan: