"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Harakah dakwa PM Kanada peluk Islam: Pemimpin PAS celaru, akhbarnya pun jadi celaru

Harakah minta maaf lepas dakwa PM Kanada peluk Islam
FMT Reporters

PETALING JAYA: Organ rasmi PAS, Harakah hari ini memohon maaf selepas salah satu artikel dalam edisi cetak terbaru mendakwa Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, memeluk Islam.

Di bawah tajuk “Ketika ramai di Malaysia sangsi terhadap Islam, PM Kanada peluk Islam,” penulis Zainudin Hashim memuatkan dakwaan itu untuk menyokong hujahnya yang bukan Islam semakin tertarik kepada Islam sementara ramai yang sangsi dengan usaha memartabatkan Islam di Malaysia.

“Perdana Menteri Justin Trudeau yang memeluk Islam kerana mendapati Islam dan penganutnya di Kanada adalah yang terbaik dalam segenap tindak tanduk, keperibadian, peradaban dan pergaulan mereka yang mesra alam hingga berjaya menjinak dan melunakkan perdana menterinya,” kata Zainudin.

Artikel itu mengaitkan kontroversi di sebalik isu rang undang-undang memperkasakan mahkamah syariah yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat bulan lalu.

“Tetapi mengapa dan kenapa bukan Islam di Malaysia di mana agama rasminya adalah Islam dan diperintah oleh orang Islam, tidak mahu cuba memahami, mengkaji dan memerhatikan setiap ajarannya, Islam sentiasa diberi gambaran buruk, malah dihina, golongan bukan Islam memprovok Islam dan orang Islam dengan barangan yang tertulis nama Allah dan Muhammad pada kasut dan tatoo pada tubuh sebahagian dari mereka,” soal beliau.

Portal berita rasmi PAS, Harakahdaily, bagaimanapun memohon maaf dan mengakui kecuaian berlaku.

“Sidang pengarang mengakui terdapat kesilapan translasi dan sumber kepada petikan artikel tersebut dan mengakui kecuaian berlaku,” menurut kenyataan ringkas malam ini, sambil menambah pembetulan akan diterbitkan pada edisi akan datang.

Berita kononnya Trudeau memeluk Islam mula tersebar tahun lalu, dan pernah diterbitkan laman satira The Vatican Enquirer.

Trudeau dilihat mesra dengan rakyat beragama Islam dan kerap mengkritik dasar Presiden Donald Trump terhadap umat Islam.

Anak bekas perdana menteri Pierre Trudeau itu membentuk Kabinet yang paling ramai pemimpin pelbagai latar belakang agama dan kaum dalam sejarah Kanada.

Tiada ulasan: