"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki Malaysia ditahan serang pasangan cium di Rome

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis di Rome, Itali, menangkap seorang warganegara Malaysia berusia 24 tahun yang menyerang pasangan yang berciuman di luar sebuah pusat Islam di daerah Esquilino di bandar raya itu.

Portal berita Itali, Ansa, melaporkan lelaki berusia 24 tahun itu memberitahu pasangan itu, “Kami tidak boleh berciuman di hadapan masjid”, sebelum bertindak menyerang  Warga Malaysia itu kemudian menolak wanita itu sebelum menumbuk dan menendang pasangan lelakinya.

Anse melaporkan lelaki Malaysia itu juga bertindak ganas terhadap polis, menyebabkan salah seorang daripada pegawai polis cedera ringan apabila cuba menahannya.

Tiada ulasan: