"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Kanak-kanak dirogol selepas tunjuk gambar lucah

Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun diperkosa seorang lelaki ketika ketiadaan ibu bapa mangsa di sebuah rumah di Batu 11, dekat Kajang, 16 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, suspek bertindak mendekati mangsa sebelum menunjukkan gambar lucah yang disimpan di dalam telefon pintar.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh menyewa di kediaman sama dan mengambil kesempatan ketika keluarga mangsa tiada di rumah.

“Ketika hari kejadian, suspek tidak bekerja sebelum masuk ke bilik mangsa dan menunjukkan gambar lucah. Lelaki itu beredar dan kembali semula lalu memperkosa mangsa.

“Malah, suspek cuba menghapuskan bukti dengan membersihkan tubuh mangsa selain mengugut supaya kanak-kanak itu tidak menceritakan kejadian dialami kepada sesiapa,” katanya.

Menurut Ahmad Dzaffir, mangsa bagaimanapun mendedahkan kejadian itu dan ibu bapanya membuat laporan polis.

“Suspek ditahan di Kampung Lombong, Shah Alam, semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
-hmetro

Tiada ulasan: