"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah perintah Khairy bayar Anwar RM150,000

KETUA Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini telah diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah RM150,000 kepada Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan beliau telah memfitnah ketua umum PKR itu.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut diperintahkan membayar kos sebanyak RM65,000.

Pada Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Ketua Pemuda Umno, memfitnahnya terlibat dalam kegiatan yang bercanggah dengan Islam, berperibadi tidak elok dan tidak sesuai memegang jawatan dalam politik.

Khairy didakwa memfitnah Anwar dalam ucapannya pada 19 Februari 2008 semasa melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Umno Bahagian Lembah Pantai.

Anwar juga mendakwa Khairy memfitnahnya dengan mengatakan beliau terlibat dalam kes liwat.

Kata-kata fitnah itu terkandung dalam klip video bertajuk "Anwar and kin no threat" yang diposkan di laman web termasuk Malaysiakini.com.

Khairy dalam pembelaannya berkata Malaysiakini.com tidak melaporkan kenyataannya dengan tepat tetapi menteri belia dan sukan itu tidak membuat sebarang pembetulan kerana sibuk.

Kes dipengerusikan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Adnan.

Anwar diwakili peguam R. Sivarasa (Ahli Parlimen Subang) dan J. Leela manakala Muhammad Shafee Abdullah mewakili Khairy. – 29 September, 2017.

Tiada ulasan: