"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu campak bayi baru lahir dari tingkat 17


PATTAYA- THAILAND. Sakit hati dengan keputusan teman lelakinya yang sudah berkahwin untuk kembali ke pangkuan keluarganya, seorang ibu muda berusia 20 tahun tergamak mencampak bayi baru dilahirkannya dari tingkat 1, lapor The Sun.

Netchanok Nokyungtong kecewa apabila teman lelakinya yang berusia 40 tahun itu meninggalkannya setelah mendapati dirinya hamil.

Ketua Polis Pattaya, Kolonel Apichai Khempet berkata, Netchanok mengakui tindakannya membuang bayi tersebut menerusi tingkap blok apartmennya dan ibu muda tersebut akan didakwa setelah bukti dikumpulkan.

"Dia melahirkan bayi itu di bilik air dan terkejut kerana tidak bersedia denga kelahiran tersebut. Teman lelakinya merupakan warga asing dari Korea Selatan tidak mahu bertanggungjawab atas kehamilannya dan mahu kembali kepada isterinya.

"Netchanok meletakkan bayi tersebut di dalam beg plastik sebelum mencampaknya keluar tingkap selepas beberapa minit bayi malang tersebut dilahirkan," katanya.

Pasangan tersebut dipercayai menjalinkan hubungan selama dua tahun sebelum Netchanok disahkan hamil.

Pihak polis masih meneruskan siasatan berhubung kes tersebut.
-sinarharian

Tiada ulasan: