"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahfuz pecah rahsia kenapa tidak keluar Pas

ATIRAH HASLI
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar enggan meninggalkan Pas kerana ada 'mesej' yang ingin disampaikan kepada ahli parti.

Mahfuz ketika bercakap kepada Sinar Online mengaku beliau mahu membuktikan sesiapa sahaja berhak mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza dalam parti.

"Saya mahu kekal di sini. Saya tidak akan ke mana-mana termasuk Bersatu, PKR, atau Amanah. Saya hanya mahu berada dalam Pas.

"Saya mahu buktikan yang tidak salah jika kita mempunyai pandangan politik berbeza daripada parti. Kita tidak perlu keluar parti dan boleh terus bebas menyuarakan pandangan kita," katanya.

Beliau dalam masa sama menafikan kecenderungannya dalam menyokong lawan kepada partinya, iaitu Amanah.

Menurut Mahfuz, sokongannya hanya diberikan kepada Pakatan Harapan (Harapan) yang diyakini mempunyai potensi untuk menyaingi BN pada PRU akan datang.

"Hanya Harapan sahaja yang mampu mengubah corak arena politik negara. Kita tidak boleh mengharapkan Pas yang hanya mensasarkan 44 kerusi pada PRU nanti.

"Sekiranya menang 44 kerusi sekalipun, mereka tidak boleh menjadi pemerintah negara. Itupun jika dapatlah (44 kerusi), bahkan saya rasa Pas hanya mampu menang sebilangan kecil sahaja kerusi sekiranya mereka masih teruskan rajuk mereka dengan Harapan," katanya lagi.

Mahfuz sejak kebelakangan ini sering tampil lantang menyuarakan sokongannya terhadap Harapan.

Tindakannya itu jelas bertentangan dengan pendirian Pas yang enggan mempunyai sebarang hubungan politik dengan Harapan.

Mahfuz juga sering dilihat hadir pada majlis dan program anjuran Amanah, Bersatu, PKR dan Pakatan.

Tiada ulasan: