"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Babi hutan ceroboh masjid, seorang cedera disondol (video)

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam, apabila seekor babi hutan dikatakan tiba-tiba muncul sebelum mengejar beberapa kanak-kanak berada di kawasan masjid. – Gambar Facebook, 7 Mac, 2018.
SEEKOR babi hutan “menceroboh” masuk ke dalam Masjid Sungai Plong di Sungai Buloh, Selangor dan menyondol seorang jemaah yang sedang menunggu waktu sembahyang Isyak sehingga tercedera, lapor BH Online.

Portal milik akhbar Berita Harian itu melaporkan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, babi hutan itu dikatakan tiba-tiba muncul di pekarangan masjid sebelum mengejar beberapa kanak-kanak berada di kawasan terbabit.

Babi hutan itu kemudian lari masuk ke dalam masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga cedera.

Seorang jemaah yang tidak ingin dikenali memberitahu portal itu mereka terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan berkenaan.

"Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke pekarangan masjid.

"Namun, haiwan dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah.

"Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah," katanya seperti dilaporkan BH Online.

Sumber itu memberitahu BH Online, jemaah masjid sudah memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Jemaah masjid turut menghubungi pihak Jabatan Mufti Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

"Difahamkan, mereka akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah berkenaan," katanya dan menambah jemaah masjid kemudian menunaikan sembahyang seperti biasa di ruang yang tidak terjejas.

KiniTV 
Masjid Sungai Plong di Sungai Buloh, Selangor, malam semalam kecoh dengan kehadiran seekor babi hutan yang dipercayai tersesat.

Pada kejadian kira-kira jam 8 malam, babi hutan itu dikatakan tiba-tiba muncul di pekarangan masjid sebelum mengejar beberapa kanak-kanak yang berada di kawasan itu.

Babi itu kemudian meluru ke dalam masjid dan menyondol seorang jemaah.

Seorang jemaah yang tidak ingin dikenali, berkata, mereka yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan berkenaan.

“Jemaah yang menunggu menunggu waktu solat Isyak terus menyelamatkan diri dan ada di antara mereka cuba menghalau binatang itu keluar dari dewan solat.

“Babi yang dipercayai cedera di kepala itu kemudian berjaya diumpan keluar dari dewan dan bertindak melanggar dua buah motosikal..

“Akhirnya binatang tersebut berjaya ditembak oleh Cikgu Mustafa, jemaah masjid yang mempunyai senapang patah,” katanya.

Pihak masjid juga menghubungi balai polis Sungai Plong bagi membantu menenangkan keadaan.

Katajemaah itu lagi, ramai jemaah di dalam dan beranda masjid terjejas akibat masalah nerkenaan.

“Pihak masjid telah menghubungi pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah ini. Mereka akan hadir esok bagi membuat penilaian berkaitan masalah sertu dan karpet masjid,” katanya.

Menurutnya, sesungguh musibah yang berlaku itu besar hikmahnya.

Tiada ulasan: