"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Orang kuat’ Pas WP sertai AMANAH

MALAYSIADATELINE 
‘Orang kuat’ Pas WP sertai AMANAH
Seorang lagi ‘orang kuat’ Pas Wilayah Persekutuan mengambil keputusan menyertai AMANAH.

Zakaria Abd Aziz, 72, atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menyerahkan borang keahlian kepada Ketua AMANAH Kawasan Batu Ishak Surin di rumahnya, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan Tarmizi Mohd Jam dan Setiausaha AMANAH Wilayah Persekutuan Ismail Yahya.

Zakaria berasal dari Yan, Kedah dan menetap di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi sejak 1968.
Zakaria (kanan) berbual dengan Ishak (tengah) sambil Tarmizi sibuk dengan telefon pintar.

Sepanjang aktif bersama Pas, Zakaria dilantik sebagai ahli Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dan Timbalan Pengerusi Kelab Veteran Pas yang kini dipimpin Subky Latiff.

Pak Ya juga antara pengasas Pas Kawasan Bandar Tun Razak dan memegang jawatan penting dalam jabatan pilihan raya Pas Wilayah Persekutuan.

“Pelbagai perkara dibincangkan sambil mengimbas kembali perjuangan bersama parti lama pada era Pas tidak disenangi orang ramai di WP.

“Pak Ya dan isteri turut menjamu kami makan tengahari dengan kari ayam dan ulam-ulaman yang ditanam di belakang rumahnya,” tulis Tarmizi di laman facebook.

Tiada ulasan: