"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua beradik hilang dari tadika

DUA beradik dipercayai dilarikan tiga individu termasuk seorang wanita di sebuah tadika di Seksyen 16, Petaling Jaya, pagi semalam.

Ibu saudara kanak-kanak berkenaan, yang enggan dikenali, berkata Aleya Reyhana, 4, dan abangnya Raheel Khan, 6, disedari hilang semasa adiknya mahu menjemput mereka pulang dari tadika itu.

Difahamkan, dua beradik itu telah diambil seorang wanita yang memberi alasan kepada pihak tadika bahawa dia mahu membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan pada 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Laporan diterima dan siasatan masih dijalankan,” katanya.
– Bernama

------------------------
Adik beradik mungkin dilarikan individu dikenali – Polis

Kuala Lumpur – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan dua beradik berusia enam dan empat tahun di Seksyen 16, Petaling Jaya, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.

“Apa yang boleh saya katakan adalah terlalu awal untuk mengaitkan kejadian dengan kes culik.

“Kita percaya dua kanak-kanak terbabit dilarikan individu yang dikenali,” katanya ketika dihubungi, di sini malam tadi.

Terdahulu, berita mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut tular di laman Facebook milik seorang wanita dipercayai ibu saudara mereka.


Menurut wanita tersebut, kehilangan Raheel Khan, 6, dan Aleya Reyhana, 4, disedari ketika adiknya hadir untuk mengambil mereka pulang.

“Dia dimaklumkan oleh guru mereka ada seorang wanita datang mengambil adik-beradik berkenaan sekitar pukul 9 pagi kononnya untuk membawa mereka menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Wanita itu memaklumkan bapa mereka tahu mengenai pemeriksaan kesihatan itu dan turut berjanji akan menghantar mereka pulang ke sekolah sebaik sahaja selesai pemeriksaan kesihatan dalam masa satu jam,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, guru tersebut turut memaklumkan wanita terbabit datang bersama dua lagi lelaki yang menunggu di dalam sebuah kereta pelbagai guna (MPV) berwarna putih.

Ibu saudara adik-beradik itu juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan menghubungi adiknya di talian 014-3233503.
 – Utusan

Tiada ulasan: