"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi Awang ponteng lagi

ARIF ATAN 

Abdul Hadi tidak hadir lagi pada hari pertama sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memang dikenali sebagai kerap ponteng sidang Dewan Rakyat dikenal pasti tidak hadir lagi di Parlimen hari ini.

Gambar tempat duduknya yang kosong kemudiannya tular di media sosial berserta kecaman banyak pihak termasuk mempersoal elaun yang diterima Abdul Hadi.

Sebaliknya, foto sama menyaksikan kehadiran ahli parlimen Pas iaitu, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pasir Mas), Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) dan Nasruddin Hassan (Temerloh).

Untuk rekod, Abdul Hadi turut tidak hadir pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu kerana dikatakan masih dalam tempoh rehat sususlan pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei 2017.

Sebelum itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas memaklumkan pada pemberita di Parlimen, 26 Julai 2017 bahawa Abdul Hadi dinasihatkan oleh doktor supaya mengambil cuti panjang kira-kira dua bulan.

Walau bagaimanapun, Abdul Hadi juga tidak hadir di Dewan Rakyat untuk undian Bajet 2017 pada 7 November 2016 sekali gus mengundang kritikan banyak pihak tentang komitmennya sebagai ahli parlimen.

Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam Parlimen Ke-13 yang bermula hari ini menjadi tumpuan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

Difahamkan, rang undang-undang persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibentang dan diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi diguna pakai pada PRU-14.

Tiada ulasan: