"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar kantoi berasmara di tandas masjid (Gambar)

Imej pegun rakaman video memaparkan dua pelajar ditangkap kerana membuat onar di dalam tandas sebuah masjid di Lamongan, Jawa Barat.
JAKARTA - Sepasang kekasih bawah umur yang juga pelajar sekolah menengah ditangkap kerana melakukan hubungan seks di dalam tandas sebuah masjid di Jawa Barat.

Kejadian tidak bermoral itu berlaku di Lamongan, kelmarin.

Menurut saksi, pasangan tersebut tiba di masjid yang terletak di Pambon itu dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, kelibat mereka selepas itu tidak kelihatan dan beberapa jemaah masjid yang curiga mula melakukan pencarian.

Pasangan tersebut kemudian ditemui dalam keadaan tidak berbaju, dan ketika ditangkap mereka memberi alasan singgah di masjid itu untuk mandi.

Insiden itu turut dirakam dan ia mula tular di media sosial sejak semalam.

Sementara itu Ketua Polis Lamongan, Asisten Komisioner Yadwivana Jumbo Qantasson mengesahkan rakaman berdurasi lebih dua minit tersebut, namun memaklumkan sehingga semalam insiden memalukan itu tidak dilaporkan kepada pihaknya.

"Apa pun, kami mahu memanggil pelajar terbabit serta jemaah masjid yang merakam video tersebut," katanya. - Detik.com

Tiada ulasan: