"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sheikh Omar nafi bakal MB Johor, dakwa ramai calon lebih layak

MALAYSIADATELINE
Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor bagi kawasan N30 Paloh, Sheikh Omar Ali, menafikan bahawa beliau akan dijadikan Menteri Besar (MB) sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri Johor.

Kata beliau, terdapat fitnah sedang berlegar-legar di media sosial mengaitkan nama saya pasca diumumkan sebagai calon untuk Dun Paloh.

Tetapi katanya, apa yang pasti, beliau sebagai calon PH yang mewakili DAP bagi Dun Paloh tidak akan tunduk dengan fitnah.

“Fitnah yang saya maksudkan ialah daripada individu berijazah PhD, kononnya saya sebagai calon tunggal Melayu (setakat ini) bagi pihak DAP, dikatakan akan menjadi MB jika PH memenangi Johor.

“Lebih kasihan lagi, fitnah sebegini telah diterbitkan di harakahdaily.net, portal milik parti Islam PAS,” kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor itu dalam kenyataannya hari ini.

Jelas Sheikh Omar, mungkin orang PhD ini menyangka orang Melayu adalah bangsa yang bodoh dan boleh dipermainkan.

Mungkin dia lupa bagaimana satu Malaysia telah memerhatikan perangai buruk beliau yang kononnya hendak ‘tunjuk pandai’ namun panik di hadapan Tun Dr Mahathir sewaktu wacana Sinar Harian baru-baru ini, katanya.

“Sayangnya dia masih tidak sedar diri. Mungkin kerana dia terpaksa puaskan hati tuannya. Biarlah. Rakyat Malaysia, bangsa Melayu, bangsa Johor tahu apa yang baik dan buruk.

“Jika PH menang di Johor, sudah ramai calon yang layak, berwibawa, dan sudah tentu lebih senior daripada saya.

“PH mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Salahuddin Ayub, Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh, YB Aminolhuda Hassan, Hassan Karim dan ramai lagi,” tambah beliau.

Ujarnya, mereka ini pastilah jauh lebih layak untuk menjadi MB Johor.

“Siapalah saya untuk dibandingkan dengan mereka. Cerita DAP hendak jadi MB ini hanya taktik lapuk dan basi untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

“Saya harap petugas-petugas Umno termasuklah mereka yang memegang ijazah PhD menghentikan fitnah dan pembohongan sebegini kerana saya bimbang balasan Allah SWT terhadap pencipta dan penyebar fitnah bukan sahaja menanti di akhirat tetapi juga boleh berlaku di muka bumi ini,” katanya.

Katanya lagi, hentikanlah menakut-nakutkan orang Melayu.

“Bangsa Johor bangsa yang tahu menilai apa yang baik dan apa yang buruk. Hanya jauhari mengenal manikam,” kata beliau.

Tiada ulasan: