"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ayam hidup tanpa kepala (video& gambar)



Ayam ini dikatakan masih makan seperti biasa.

BANGKOK - THAILAND. Ayam di wilayah Ratchaburi, tengah Thailand ini didakwa masih hidup selama seminggu walaupun tanpa kepala.

Gambar dikongsi veterinar, Supakadee Arun Thong menunjukkan keadaan haiwan itu dengan kesan darah pada lehernya turut menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Jelasnya, ayam itu masih makan seperti biasa.

"Saya berharap ada individu yang sudi menjaga haiwan tersebut kerana ia memerlukan penjagaan seumur hidup. Saya perlu mengakui ayam ini adalah 'pahlawan' sebenar kerana ia masih berjuang untuk terus hidup," katanya.

Ia bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana haiwan itu kehilangan kepalanya.

Beberapa penduduk tempatan mendakwa ayam tersebut mungkin diserang oleh haiwan lain.

Pada 1940-an, seekor ayam di Amerika Syarikat digelar Mike pernah hidup paling lama tanpa kepala iaitu selama 18 bulan. - The Sun

Tiada ulasan: