"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gadis mengaku berkhalwat dengan tiga lelaki didenda

RUBIAH OMAR
KUALA TERENGGANU - Empat sahabat termasuk seorang gadis dikenakan denda RM2,300 oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat di bilik sebuah chalet di Pulau Redang.

Keempat-empat yang berusia antara 21 hingga 32 tahun dan berasal dari Perak turut berdepan hukuman dua minggu penjara sekiranya gagal jelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie membuat keputusan itu selepas mereka mengaku bersalah berkhalwat didalam satu bilik di sebuah chalet di Pulau Redang, kira-kira jam 1.15 pagi, pada 7 Oktober tahun lalu.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan ke atas bilik di sebuah chalet di Pulau Redang selepas menerima maklumat awam berhubung adanya aktiviti tidak bermoral sekumpulan pelancong tempatan.

Setibanya di hadapan bilik tersebut, didapati pintu utama tertutup rapat dan selepas diketuk, pintu dibuka oleh seorang lelaki.

Keadaan di dalam bilik ketika itu gelap dan selepas dibuka lampu didapati ada seorang perempuan bersama dua lagi lelaki sedang tidur diatas satu katil.

Soal siasat mendapati kesemua mereka tiada hubungan suami isteri ataupun mahram.

Manakala di mahkamah sama, seorang duda bersama pasangannya dikenakan denda RM 2,600 ataupun sebulan penjara sekiranya gagal jelaskan denda kerana berkhalwat.

Kedua-duanya yang berusia 43 dan 27 tahun mengaku salah berkhalwat di bilik sebuah hotel di bandaraya ini, kira-kira jam 12.05 tengah malam, pada 1 November tahun lalu.

Mengikut fakta kes, serbuan dilakukan ke atas bilik sebuah hotel di bandaraya ini selepas menerima maklumat awam berhubung aktiviti tidak bermoral pasangan kekasih ini.

Semasa tiba dihadapan bilik, didapati pintu tertutup rapat dan berkunci sebelum anggota penguatkuasa mengetuknya sambil memberi salam.

Lima minit kemudian, pintu dibuka oleh seorang lelaki sebelum pemeriksaan lanjut menemukan seorang wanita sedang duduk di atas katil.

Siasatan mendapati mereka tiada hubungan suami isteri atau mahram.

Kedua-dua kes dikendalikan Pendakwa Syarie Mohd Hafiz Razali.

Tiada ulasan: