"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib bubar Parlimen Rabu depan?

MALAYSIA DATELINE 
Akhbar Sinar Harian yang memetik sumber melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membubarkan Parlimen pada Rabu, 11 April bukannya hujung minggu ini seperti spekulasi yang bertiup kencang.

Menurut sumber, Parlimen akan dibubarkan selepas BN melancarkan manifestonya yang dijadualkan pada 7 April ini.

“Pada 7 April, Najib akan umumkan manifesto BN dan dijangka pada masa sama akan lancar kempen tanda pagar #hebatkannegara,” kata sumber itu yang dipetik akhbar berkenaan.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk beberapa menteri mendakwa Parlimen akan dibubarkan pada Jumaat, 6 April setelah selesai perbahasan Dewan Rakyat.

Sebaik selepas dibubarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya dan undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.

Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 24 Jun 2018.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.

Tiada ulasan: