"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sah HARAPAN guna simbol PKR

PRU14 | Semua parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan mereka akan menyertai PRU ke-14 menggunakan logo PKR.

Ia diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ceramah di Pasir Gudang, Johor.

Semasa berucap agak ringkas mengumumkan keputusan itu Dr Mahathir dilihat mengenakan lambang PKR pada bajunya.

Kata Dr Mahathir, tidak mudah untuk parti yang bergabung dalam HARAPAN menggugurkan lambang masing-masing bagi menggantikannya dengan logo PKR semasa menyertai PRU ke-14 ini.

"Ada DAP yang guna roket hampir selama 60 tahun. (Parti) yang lian juga sayang kepada simbol masing-masing tetapi kerana kita ingin bersatu padu, keempat-empat parti ini akan guna satu simbol," katanya.

Dr Mahathir yang menjadi calon perdana menteri buat HARAPAN berkata, beliau sangat gembira apabila sesuatu yang tidak mungkin berlaku suatu ketika dulu, kini terjadi dengan kerjasama semua pihak demi menghadapi BN.

Turut hadir di majlis ceramah Jelajah HARAPAN Johor itu ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.

"Pada PRU akan datang ini, undilah simbol keadilan (PRK) ini sebagai simbol sokongan kepada Pakatan Harapan," kata Dr Mahathir.

Perkembangan terkini itu sebenarnya membawa makna besar kepada banyak pihak dalam parti yang bergabung dalam HARAPAN.

Pemilihan logo PKR itu juga menandakan Dr Mahathir - serta BERSATU - menyertai pilihan raya di bawah lambang yang dicetuskan oleh tindakan beliau ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim 20 tahun silam.

Pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno itulah yang melahirkan PKR.

Untuk rekod puluhan tahun dulu juga Dr Mahathir adalah seteru kepada semua parti pembangkang. Beliau misalnya pernah melabel DAP sebagai parti cauvinis.

Pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang menjadi pengkritik tegar buat Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri.

Perseteruan DAP dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun apa kurangnya. Umno dan DAP ibarat dua kutub yang tidak mungkin dapat didamaikan - sehinggalah berlaku reformasi.

Dalam keadaan begitu pun, DAP masih memusuhi Dr Mahathir walaupun mula berbaik-baik dengan Anwar serta PAS yang diterajui tokoh disegani ramai, Datuk Fadzil Noor.

Beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan parlimen akan dibubarkan, hari ini ramai yang tidak menyangka perseteruan sesengit dulu didamaikan dan semua parti terbabit dipertemukan oleh satu titik yang membawa maksud besar buat parti pembangkang.

Untuk rekod DAP juga pernah mempertimbangkan cadangan menyertai pilihan raya menggunakan lambang PAS apabila parti itu berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya menjelang PRU ke-13 lalu.

Ia bertitik tolak daripada pertimbangan Jabatan Pendafaran Pertubuhan yang tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP - suatu keadaan yang hampir sama dialami BERSATU ketika ini.

Cuma kali ini gagasan yang disatukan di bawah HARAPAN adalah terkecuali daripada PAS yang memilih untuk bergerak di bawah panji-panji Gagasan Sejahtera.

Ketika cubaan mendaftarkan HARAPAN secara rasmi - dan membolehkan satu logo rasmi digunakan oleh semua parti - gagal, pilihan yang ada ialah bertanding menggunakan lambang PKR atau AMANAH.

Dianggarkan kira-kira 4,000 orang menghadiri ceramah HARAPAN malam ini.
-malaysiakini

Tiada ulasan: