"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Sokongan kepada PH meningkat, BN tepu, Pas menjunam

ARIF ATAN
Dr Mohammad Redzuan ketika membentangkan dapatan IDE.

Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati apabila berlaku pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) nanti, didapati sokongan pengundi kepada Pakatan Harapan (PH) meningkat 8% berbanding Ogos 2017 menjadi 41% manakala BN tepu pada kadar 42% pada Mac lalu.

Bagaimanapun, sokongan ke atas Pas menjunam daripada 18% kepada 13% bagi tempoh sama. Pada masa sama, mood pengundi pada PRU-14 juga dilihat positif apabila kumpulan atas pagar merosot kepada hanya 4%.

Hasil kajian melibatkan 4,720 responden daripada 163 kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia itu dibentangkan Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman di Shah Alam petang semalam.

Beliau dalam sidang media Survei Malaysia 2018: Kecenderungan Mengundi Menjelang PRU-14: Siapa Pilihan Rakyat Malaysia? itu juga berpendapat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu kemenangan BN.

“Kemenangan besar Pak Lah (PRU 2004) bukan disumbangkan semata-mata imej Mr Clean tetapi disumbangkan SPR. Dia menang disokong dan dibantu oleh SPR,” katanya.

Bagaimanapun, dalam konteks Selangor jelasnya, syor persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diluluskan baru-baru ini menyaksikan BN masih sukar merampas negeri dikuasai Pakatan Harapan itu.

“Tidak mudah untuk BN mengambil Selangor dengan senario yang ada. Kajian berdasarkan PDM di Dun Bukit Antarabangsa mendapati walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru, persempadanan semula tidak memberi kesan kepada kawasan ini,” ujarnya.

Menjawab soalan semasa sidang media itu, Dr Mohammad Redzuan berpendapat PH mempunyai potensi untuk menang di Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Beberapa negeri akan ada saingan. Kalau di Kedah potensi untuk diambil alih PH cukup besar. Kedah adalah negeri dijangka (BN) jatuh.

“Pulau Pinang kekal di bawah PH. Begitu juga Selangor. Johor BN masih lagi mempunyai kekuatan kerana secara keseluruhan pengaruh Muhyiddin Yassin belum cukup kuat merubah keadaan.

“Perak mempunyai Menteri Besar yang dianggap berwibawa. Walaupun sokongan (PH) agak besar tetapi untuk ambil alih (kerajaan negeri) itu, saya anggap sukar,” terangnya lagi.

Tiada ulasan: