"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR larang gambar Mahathir di poster HARAPAN

Pembangkang mendakwa parti-parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak dibenar memaparkan gambar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ketua gabungan itu mahupun sebagai calon perdana menteri mereka pada kempen pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata beliau dimaklumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa mereka hanya boleh memaparkan gambar calon pilihan raya mereka dan presiden parti masing-masing.

“Kita juga difahamkan oleh SPR dan kita tanya kepada pegawai SPR umpamanya calon bakal perdana menteri kita Tun Dr Mahathir - adakah gambar beliau boleh dipaparkan dalam poster-poster kita di seluruh negara.

“Jawapan SPR kata tak boleh. Sebab dia kata Pakatan Harapan belum didaftarkan. Jadi pengurusi Pakatan Harapan adalah diharamkan dalam poster-poster pilihanraya.

“Hanya gambar calon saja boleh, dan gambar presiden parti yang bertanding saja boleh,” katanyanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini, di pejabat ketua pembangkang di Parlimen.

Menurut Loke, alasan yang diberikan adalah kerana HARAPAN masih belum berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sebuah gabungan politik.

“Jadi itu kita rasakan sesuatu yang tidak patut dilarangkan oleh pihak SPR. Kita nak berkempen, kita nak memaparkan pemimpin kita, itu adalah hak parti masing-masing.

“Mengapa SPR nak mengarah? Itu bukan busienss SPR,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir melahirkan rasa tidak puas hatinya dengan pihak berkuasa tempatan yang didakwanya memberi layanan istimewa kepada bendera parti BN berbanding bendera parti pembangkang.

“Kalau nak cabut kita setuju cabut semua sekali, (bendera BN) yang biru-biru penuh pun kena cabut.

Kalau nak buang, semua buang, kalau benar BN pasang mesti benar HARAPAN dan parti lain,” katanya.

Menurutnya, bendera BN langsung tidak diganggu walaupun tempoh kempen pilihan raya masih belum bermula. Namun bendera pembangkang selalu diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kita mahu kerajaan berlaku adil.

“Kalau boleh (pasang bendera) semua mesti boleh (dibenarkan). Kita dapati bahawa dalam PRU ini terdapat syarat yang luar biasa yang dulu tak ada,” katanya.

Tiada ulasan: