"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Dari PAS ke DAP, Sheikh Omar sampai ke Paloh

Ia merupakan gabungan kepercayaan, idealisme dan perkiraan risiko yang akhirnya mendorong bekas aktivis Pemuda PAS, Sheikh Omar Ali untuk berada dalam kedudukannya sekarang sebagai penolong setiausaha publisiti DAP Johor.

Tidak seperti enam adik beradiknya yang memilih mengikut jejak langkah bapa dan nenek mereka sebagai guru sekolah, Sheikh Omar percaya bahawa peranan dalam politik akan membolehkannya untuk mencapai lebih ramai rakyat.

Dengan latar belakang pendidikan agama, lulusan dalam bidang Usuluddin dari Universiti Malaya itu secara rasmi menyertai PAS pada tahun 2008 selepas bertahun-tahun terlibat dalam kumpulan pelajar, melalui proksi parti itu di kampus.

Pada masa yang sama, katanya dalam temu-bual dengan Malaysiakini, beliau juga berkhidmat sekejap sebagai pembantu kepada Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua sebelum menjadi secara kontrak seorang pegawai diplomatik.

Dengan hanya tinggal satu bulan lagi dalam kontrak selama dua tahun itu, beliau berhadapan dengan satu keputusan penting sama ada untuk menerima tawaran menyertai pertubuhan yang berkaitan dengan Pemuda Umno, atau berdepan kemungkinan dikenakan tindakan disebabkan oleh pendirian politiknya.

Dia tolak tawaran, berdepan akibatnya.

Masih seorang ahli PAS pada masa itu, Sheikh Omar berkhidmat dengan urusetia Pakatan Rakyat, yang membawa kepada pertemuan awalnya dengan Pengerusi DAP Johor sekarang Liew Chin Tong, yang ketika merupakan ahli Parlimen Bukit Bendera.

Beliau juga berkhidmat sebagai pegawai media kepada ketua pemuda PAS Suhaizan Kayat, dan kekal bersama parti itu sehingga krisis kepimpinannya pada tahun 2015, yang akhirnya menyaksikan golongan 'profesional' digulingkan oleh kem konservatif '.

Sekali lagi, Sheikh Omar mengambil jalan yang berbeza, memilih untuk tidak keluar parti untuk menyertai AMANAH, tetapi sebaliknya, menyertai DAP.

Di tengah-tengah spekulasi bahawa DAP dan Pakatan Harapan akan meletakkan pemimpin utama mereka di Johor, hanya minggu lepas, anak kelahiran Kluang yang berusia 33 tahun itu secara rasmi diumumkan sebagai calon parti itu untuk kerusi DUN Paloh.

Beliau juga merupakan calon Melayu pertama parti itu yang diumumkan sebagai sebahagian daripada barisan calon bagi pilihan raya umum ke-14 untuk Johor.

Tiada ulasan: