Rizal Bakar (tengah) bersama 2 lagi ahli Amanah menunjukkan cetakan tangkap layar perbualan WhatsApp.
KUALA LUMPUR: Tiga ahli Amanah dari Kedah hari ini menuduh Presiden Mohamad Sabu terlibat dengan hubungan luar nikah, memberi tempoh masa 36 jam kepada ahli politik veteran itu untuk menjelaskan kandungan satu perbualan kurang sopan dan 2 rakaman audio.
Jurucakap mereka, Rizal Bakar berkata, beliau menerima rakaman audio dan tangkap layar perbualan WhatsApp itu kira-kira seminggu lalu, di mana ia ditinggalkan di cermin depan keretanya.
“Saya mahu dia jawab benar atau tidak. Apa sahaja jawapannya, kami akan buat satu lagi sidang media dalam tempoh masa 36 jam,” katanya kepada pemberita.
Perbualan WhatsApp itu didakwa berlaku pada Julai tahun lepas.
Dalam satu reaksi segera, Mohamad tidak terkejut dengan dakwaan itu.
“Ini berlaku setiap pilihan raya umum. Mereka akan sentiasa ada sesuatu yang menentang saya. Tetapi ia tidak menghentikan azam saya untuk mendesak perubahan kerajaan,” katanya.
Mengatakan Mohamad Sabu idolanya, Rizal berkata dia tidak menuduh Mat Sabu terlibat dalam skandal seks, cuma mahu dia menjawab perkara ini.
Rizal juga enggan menjawab sama ada dia sudah bersemuka dengan idolanya itu tentang bahan itu.
Rizal mengelak soalan media tentang identiti wanita dalam perbualan WhatsApp itu, cuma berkata dia akan menghubungi pemberita dan berjanji akan memberikan rakaman audio kepada mereka.
Sementara itu, Mohamad berkata dia akan merujuk perkara itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.
Dia juga tidak mengenali 3 individu yang menganjurkan sidang media itu.
“Mungkin saya dalam kalangan penarik orang ramai di perhimpunan Pakatan Harapan, jadi musuh saya tak boleh tahan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan