"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr M utus surat khas pada panglima-panglima tentera

PRU14 | Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan harapannya agar anggota tentera dapat mengundi dengan bebas dan tanpa kekangan mana-mana pihak pada pilihan raya ini.

Ia dinyatakan melalui satu surat bertarikh 30 April lalu dan ditujukan kepada panglima formasi Tentera Darat Malaysia, panglima formasi Tentera Laut Diraja Malaysia dan panglima formasi Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Sempena PRU ke-14 ini, saya dengan penuh harapan menyarankan agar Panglima-panglima dan Pegawai-pegawai Memerintah dapat menggalakkan anggota di bawah naungan dan pemerintahan Tan Sri/Datuk/Tuan agar dapat membuang undi tanpa ada sebarang dorongan atau kekangan daripada mana-mana pihak.

"Mereka hendaklah diberi kebebasan memilih," kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dalam surat itu.

Beliau menyifatkan Angkatan Tentera Malaysia sebagai organisasi terunggul Malaysia yang perlu sentiasa didengari dan menjadi benteng terakhir dalam menjamin keselamatan dan pertahanan negara.

Ini merupakan kenyataan ketiga bekas perdana menteri itu berkaitan tentera dan pilihan raya mutakhir ini.

Pada 3 April lalu, beliau mengkritik gesaan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor agar tentera dan polis bersyukur dan setia terhadap kerajaan.

Tiga hari kemudian, beliau berkata bekas presiden Filipina Ferdinand Marcos dapat menjadi diktator dengan sokongan polis dan tentera, dan hanya dapat dijatuhkan selepas pasukan keselamatan menarik balik sokongan mereka.

Pada 10 April, Raja Mohamed Affandi tampil menjernihkan kerajaan dengan berkata kesetian tentera hanya pada raja dan negara, bukan mana-mana parti politik.
-malaysiakini

Tiada ulasan: