"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tindakan 3 bekas menteri ini boleh hancurkan BN

MALAYSIA DATELINE
Ketiga-tiga mereka kini senjata baru untuk menangkan PH.

Tanpa meninggalkan Umno, tindakan tiga bekas menteri berpengaruh, Tun Daim Zainudin, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Rais Yatim turun berkempen pilihan raya umum ke 14 bakal meranapkan Barisan Nasional (BN).

“Mereka adalah ikon-ikon besar dalam politik Melayu. Mereka dahulu bertanding di kerusi-kerusi Melayu termasuk kerusi luar bandar.

“Saya yakin pengaruh mereka dalam masyarakat Melayu masih besar kerana mereka menteri-menteri yang perform ketika berada dalam kabinet dahulu dan bakal memberikan impak lagi apabila mereka menyokong PH,” kata Dr Mazlan Ali, pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bagi penganalisis, Hisomuddin Bakar pula, tindakan mereka turun mengajak pengundi menyokong Pakatan Harapan boleh memberikan anjakan sokongan baru kepada gabungan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

“Saya rasa masih tidak terlambat untuk gerakan mereka disusun dengan baik walaupun sebelum ini mereka bergerak tanpa susunan yang baik,” kata Hisomuddin.

Bagi beliau, jika mereka bergerak dengan terancang, pengaruh mereka boleh mengubah sokongan pengundi.

“Tun Daim terkenal sebelum ini dengan jangkaan beliau yang tepat.

“Sebab itu bila beliau berkata sesuatu orang akan percaya dan ikut,” katanya.

Menurut Hisomuddin, PH perlu menyelaraskan aktiviti mereka agar lebih berkesan.

Daim Zainudin turun ke Pendang Kedah semalam dan menyeru pengundi di sana mengundi PH.

Semasa penamaan calon, bekas menteri kabinet Rais Yatim turun dan dilihat bersama penyokong PH.

Semalam Rafidah Aziz, seorang lagi bekas menteri yang berpengaruh membuat kenyataan panjang meminta orang ramai mengundi PH dalam pilihan raya ini.

Tiada ulasan: