"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Mak nyah bogel gemparkan ibu kota (Gambar)

EDDY HAMIDI
Mak nyah

Mak nyah warga asing yang dipercayai kurang siuman dirakam memanjat beberapa buah kereta dan bertindak menghalang lalu-lintas sambil menari di Tengah-tengah jalan raya di Jalan Imbi.

KUALA LUMPUR - Kemunculan seorang mak nyah di tengah ibu kota sambil menari-nari dalam keadaan bogel menggemparkan pengguna jalan raya di Jalan Imbi di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian tersebut oleh orang awam sebelum sebuah kereta peronda polis dikejarkan ke lokasi.

"Kejadian berlaku sekitar pukul 11.15 pagi tadi dan sebaik menerima makluman daripada orang awam, sebuah kereta peronda polis telah diarahkan melakukan tinjauan.

"Mak nyah warga asing itu seterusnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa klip video telah tersebar di laman media sosial sejak tengahari tadi memaparkan seorang mak nyah menari-nari dalam keadaan bogel di tengah-tengah jalan raya.

Mak nyah berkenaan yang dipercayai kurang siuman turut kelihatan memanjat beberapa buah kereta dan bertindak menghalang lalu-lintas sambil menari.

Jelas Rudy, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan susulan kejadian terbabit dan pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam.

"Bagaimanapun satu laporan polis akan dibuat berhubung tindakan individu berkenaan yang berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai,' katanya. - K! ONLINE

Tiada ulasan: