"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi kes fitnah dari parti agama: Entri TV Pas Melaka fitnah

AKMAL MANAF
Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Muhamad Danish Zainudin menyifatkan, entri di laman Facebook Tv Pas Melaka pada Selasa lepas, adalah satu fitnah.

Entri yang ditulis pada jam 11.30 malam itu, memetik empat perwakilan kawasan mengikut nombor bahagian pilihan raya, iaitu N07 Gadek (YB G. Saminathan), N14 Klebang (YB Gue Teck), N21 Duyong (YB Damian Yeo Shen Li) dan N22 Bandar Hilir (YB Datuk Tey Kok Kiew) yang dimaksudkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Melaka Sentral.

Danish dalam satu kenyataan menjelaskan, Pas pastinya telah tersalah pandang bahawa Adun N14 Klebang, iaitu YB Gue Teck yang merupakan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Pas juga mungkin tidak sedar bahawa pemindahan peniaga tersebut, adalah kerana isu mendapan tanah di Melaka Sentral yang perlu dibaiki.

“Isu keselamatan adalah perkara pokok yang harus diutamakan pihak pengurusan, sebagaimana yang dilaporkan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam,Datuk Mohd Sofi Wahab menerusi kenyataan media pada akhir Januari 2019 yang lalu.

“Saya merasakan Pas Melaka seharusnya bertaubat dan tidak terus mencetuskan provokasi yang menyentuh isu agama dan kaum.

“Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Pas juga harus sedar mereka ini tidak diterima langsung oleh rakyat di negeri Melaka,” ujarnya lagi.

Danish yang juga Exco Pemuda Pakatan Harapan Melaka berharap, Pas menghentikan budaya fitnah atau ‘bohong syarie’ yang dihalalkan pimpinan parti itu demi matlamat politik mereka yang semakin tidak jelas saban hari.

Tiada ulasan: