"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerjasama PAS-Umno untuk kepentingan Islam la konon tapi kenapa di semenanjung saja tidak di Sabah dan Serawak

Kerjasama PAS-Umno tak libatkan Sabah, S'wak
Anne Muhammad

PARLIMEN | Kerjasama antara PAS dan Umno hanya melibatkan semenanjung dan tidak melibatkan Sabah Sarawak.

Ketua pembangkang yang baru Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat antara kedua-dua parti itu 5 Mac lalu.

“Seperti yang kita persetujui sewaktu perjumpaan pertama kita, main community kita (Umno dan PAS) hanya bekerjasama di Semenanjung. Tidak di Sabah dan Sarawak.

“Kita tiada perancangan pun masih terlalu awal, mari kita selesaikan dulu di Semenanjung,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, bekas perdana menteri Najib Razak menegaskan tiada pihak harus bimbang mengenai hubungan antara PAS dan Umno.

Kata Najib, secara prinsipnya kerjasama yang dibuat itu demi kepentingan semua rakyat di negara ini.

“Kita kerjasama untuk kepentingan ummah dan di samping itu kita jaga perlindungan kaum lain, hak kaum lain.

“Jadi tak ada siapa yg harus bimbang antara kerjasama PAS dan Umno.

“Apa yang berlaku dalam konteks ini terpulang kepada pimpinan untuk menentukan kemudian hari. Yang penting sekarang ialah prinsipnya,” katanya selepas diminta mengulas mengenai kerjasama antara PAS dan Umno.

Kerjasama antara kedua-dua parti itu kini sudah di peringkat penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang diketuai oleh Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin dan Naib Presiden PAS Idris Ahmad sebagai penyelaras bersama.

Pada 9 Mac lalu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, dilaporkan berkata parti itu mencadangkan penubuhan Kerajaan Perpaduan (UG) dengan PAS semasa mesyuarat jawatankuasa khas kedua-dua parti baru-baru ini.

Dipetik Utusan Online, Mohamad berkata ia akan dinamakan Kerajaan Penyatuan Ummah di empat buah negeri yang kini ditadbir BN dan PAS.

Tiada ulasan: