"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Klip video seks disebarkan sekali lagi di media sosial

Enam lagi klip video yang memamaprkan dua lelaki, salah seorang mereka menyerupai menteri kabinet Mohamed Azmin Ali, disebarkan di media sosial.

Sama seperti sebelum ini, lebih 80 pengamal media dan beberapa ahli politik dimasukkan dalam kumpulan perbualan WhatsApp pada pagi tadi.

Kumpulan bertajuk "Video Terkini Azmin” ditubuhkan pada jam 3.35 pagi hari ini dalam mana video kedua-dua lelaki itu yang sedang melakukan aktiviti seksual dilampirkan.

Video berkenaan dibahagikan kepada enam klip yang setiap satu selama tiga minit. Adalah dipercayai ia adalah video sama yang dihantar kepada wartawan berulang kali sejak beberapa bulan lalu.

Selain pemberita, beberapa menteri Pakatan Harapan termasuk Menteri Pertahanan Mohammad Sabu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub serta ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam turut berada dalam kumpulan Whatsapp itu.

Tiada ulasan: