"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jangan beri muka dengan lebai kaki fitnah

Mahfuz fail writ saman terhadap Adun Jeneri dakwaan memfitnah
MALAYSIADATELINE


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar telah mengemukakan writ saman kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas seorang Adun Pas yang didakwa memfitnahnya di laman facebook pada Julai lepas.

Menurut sumber writ saman yang dikemukakan oleh peguam dari Tetuan Akram Hizri Azad dan Azmir yang mewakili Naib Presiden AMANAH itu telah difailkan pada 9 Oktober lepas.

Dalam writ saman tersebut menyebut Defendan Adun Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor pada 30 Julai 2019 telah dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Plantif dengan menerbit dan menyebarkan satu tulisan beserta 2 keping gambar di laman facebook Defendan.

Antara petikan yang dimuat naik di laman facebook Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah itu adalah seperti berikut:

“Sejak jadi pemimpin PAN dan PH, dihadiahkan jawatan Timbalan Menteri,sensitiviti terhadap judi dan premis perjudian pun hilang pudar bersama maruah dan kebolehpercayaan.

“Tukar pasti saja kan – bukan tukar agama pun…kata mereka itu mewajarkan pengkhianatan.

“Kini mereka berkhianat pula kepada pengundi mereka apabila bermudah-mudahan dengan kemasukan premis sport toto ke kawasan yang majoritinya adalah umat Islam…

“Talkinkan saja jiwamu, hiduplah dengan jasad yang makin kerepot.” tulisnya di facebook.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes bagi tindakan guaman pada 29 Oktober ini jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: