"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perogol budak KL mati ditikam dalam penjara UK

Richard Huckle, pedofil yang disabitkan bersalah merogol dan mencabul 23 kanak-kanak di Kuala Lumpur, ditikam sampai mati di penjara United Kingdom.

Menurut BBC, Huckle diserang di selnya di Penjara Full Sutton, York.

Huckle dijatuhi hukuman penjara 22 tahun pada 2016 selepas mengaku salah atas 71 pertuduhan melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak antara 2006 dan 2014.

Mangsa Huckle adalah pelbagai, bermula semuda enam bulan sehingga 12 tahun.

Daripada 200 orang mangsanya, 23 daripadanya adalah kanak-kanak miskin yang menetap di Kuala Lumpur.

Ketika di Malaysia, dia bekerja di sebuah gereja dan melakukan kerja amal. Bagaimanpun, tugasnya itu membuka jalan untuk dia mendekati kanak-kanak sebelum dijadikan mangsa.

Huckle turut berkongsi gambar dan video penderaannya di dark web iaitu sebuah laman sesawang diibaratkan seperti pasaran gelap dalam kehidupan sebenar bagi memerlukan akses terhadap kegiatan yang buruk.

Pada tahun 2014, Huckle ditangkap oleh Agensi Jenayah Kebangsaan Britain selepas terlepas dari polis Australia.

Peguam negara ketika itu, Mohamed Apandi Ali, berkata Malaysia akan menyiasat perkara tersebut.

Tiada ulasan: