"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno lempar buku peraturan tak benar Speaker baca doa di DUN Melaka

MALAYSIA DATELINE
AMANAH Melaka menyifatkan Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) tidak mematuhi arahan Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Timbalan Pengerusi AMANAH negeri, Datuk Mohd Sofi Wahab berkata, kekecohan di Seri Negeri pagi tadi berlaku apabila Idris bangun ketika agenda pertama untuk bacaan doa oleh Speaker.

Walau bagaimanapun, Speaker yang juga bekas Pengerusi PKR Melaka dan salah seorang pengasas penubuhan Parti Keadilan Nasional (PKN) itu, ujarnya, tidak membenarkan Idris berbuat demikian.

“Malang sekali Sungai Udang tidak mematuhi arahan Speaker sedangkan arahan Speaker adalah kuasa tertinggi dalam dewan. Apabila Spekaer minta duduk, tidak boleh bercakap, maka ahli dewan kena duduk.

“Namun, apa yang boleh dilihat Sungai Udang tidak mematuhi arahan Speaker maka pembangkang membantah kerana Sungai Udang tidak mematuhi arahan Speaker supaya duduk untuk meneruskan agenda pertama iaitu bacaan doa.

“Itulah punca kekecohan pagi ini,” kata Mohd Sofi yang juga ADUN Durian Tunggal dalam kenyataan video di Facebook miliknya.

Sehubungan itu, pihaknya kesal dengan sikap pemimpin Umno tersebut kerana tidak mematuhi arahan Speaker yang mempunyai kuasa tertinggi sama ada mahu menerima atau menolak sesuatu usul.

“Lebih parah lagi Sungai Udang melemparkan buku peraturan sidang DUN ke arah Speaker. Ini suatu tindakan yang tidak boleh diterima.

“Disebabkan tindakan tidak terkawal maka Speaker menangguhkan sidang DUN dan kami pihak pembangkang keluar dari DUN,” katanya lagi.

Tiada ulasan: