"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PKP: Tertekan tiada kerja, suami kurung isteri, anak-anak dalam rumah

Astro Awani

PKP: Tertekan tiada kerja, suami kurung isteri, anak-anak dalam rumah

Seorang lelaki bertindak mengurung isteri dan dua anaknya di sebuah rumah di Taman Nusa Intan, Seremban akibat tertekan tiada pekerjaaan semasa PKP. - Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Akibat tekanan perasaan yang dialami kerana tidak mempunyai pekerjaan, susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), seorang lelaki nekad bertindak mengurung isteri dan dua anaknya.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Nusa Intan, Seremban pada Isnin, menurut laporan Utusan Malaysia, memetik Pegawai Operasi Balai Bomba Senawang, Zinurin Sarip.

Zinurin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.51 malam berhubung kejadian tersebut.

“Lelaki berkenaan bertindak mengunci pagar, gril dan pintu belakang rumahnya dari dalam disebabkan tertekan tiada pekerjaan akibat PKP.

“Kami awalnya memujuk lelaki terbabit namun selepas 15 minit dia masih tidak mahu beralah dan bomba terpaksa mengumpil pintu pagar dan gril rumah berkenaan.

“Kami memotong kunci mangga pintu rumah berkenaan disebabkan lelaki itu mendakwa tidak tahu di mana dia meletakkan kunci tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Zainurin dilaporkan berkata, wanita tersebut ada mengadu kepada jirannya tentang perkara tersebut sebelum suaminya mengalami tekanan lebih teruk dan abangnya terpaksa datang dari Mambau untuk memujuk.

“Wanita dan anak-anaknya berusia empat bulan dan lebih setahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mereka dihantar ke rumah jiran terdekat dan kami juga dimaklumkan kesemua mangsa tidak makan sejak pagi.

“Suaminya pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tiada ulasan: