"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Di mana Syarafina?

Nor Fazlina Abdul Rahim

nfazlina@nstp.com.my

NOR Syarafina dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Kampung Parit Lembah Libat, Peringat, petang kelmarin. FOTO ihsan keluarga

NOR Syarafina dilaporkan hilang selepas keluar rumah di Kampung Parit Lembah Libat, Peringat, petang kelmarin. FOTO ihsan keluarga

Kota Bharu: "Aidiladha kali ini tiada makna buat kami sekeluarga kerana mengenangkan anak sulung yang hilang," kata Syarman Yaakob yang kehilangan anaknya, Nor Syarafina Syarman, 18, selepas keluar rumah di Kampung Parit Lembah Libat, Peringat, 3.30 petang kelmarin.

Syarman, 42, berkata, anaknya meminta izin keluar pada hari kejadian dan memaklumkan mahu berjumpa dengan rakan.

"Ketika itu saya sedang membuat lemang untuk dijual dan sempat melihat anak keluar dan diambil kawannya. Syarafina memaklumkan hanya mahu keluar sekejap saja dan akan pulang ke rumah untuk membantu saya berniaga.

"Bagaimanapun selepas jam 4 petang, saya menghubungi Syarafina namun gagal sehinggalah kini kedudukan dia gagal dikesan.

"Saya bertanyakan rakan yang mengambil anak saya. Dia memaklumkan hanya mengambil Syarafina dan menghantarnya di hadapan masjid sebelum anak saya menaiki kereta kakak angkatnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syarman berkata, sebelum ini anaknya ada bercerita mengenai kakak angkatnya yang dipercayai tinggal di Melor, namun dia sekeluarga tidak mengenalinya.

"Saya resah dan sedih memikirkan keadaan anak kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini memandangkan sudah dua hari kehilangannya.

"Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Melor namun sehingga kini belum ada sebarang maklumat berhubung kehilangan anak saya," katanya.

Menurutnya, anak sulung daripada empat beradik itu tidak pernah keluar rumah lama dan sentiasa menghubungi keluarga memaklumkan kedudukannya.

"Saya juga mengharapkan bantuan orang ramai supaya menghubungi kami di talian 017-9440049 sekiranya menemui anak saya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tiada ulasan: