"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parlimen bubar pada September, PRU menjelang November?

MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR

Parlimen yang dijadualkan untuk diadakan pada 26 Julai akan berlangsung selama 5 hari.

Namun, apa yang ralat adalah, persidangan ini hanya melibatkan proses “pembentangan” oleh menteri tanpa ada perbahasan mahupun undian.

Sekaligus sukar untuk membuktikan di Parlimen bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri.

Persidangan penuh akan diadakan pada 6 September 2021 iaitu sebulan setelah berakhir sidang khas.

Pemasaan ini tidaklah dilihat sekadar dibuat suka-suka melainkan kita boleh lihat bahawa ia perancangan Mahiaddin untuk membawa Malaysia sekali lagi berdepan PRU15.

Pada sidang penuh September, pada ketika ini satu undian tidak percaya boleh dikemukakan terhadap Mahiaddin, dan sememangnya sudah pasti Mahiaddin akan tewas setelah Umno mengumumkan penarikan sokongan terhadap Mahiaddin beberapa minggu lalu.

Namun, apabila Parlimen bersidang pada September, kenapa PRU pada November?

Apabila PH ft Umno berjaya membuktikan Mahiaddin tidak mempunyai majoriti, langkah Mahiaddin seterusnya adalah berjumpa Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan perkara terbabit dan seterusnya menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen. Ia sememangnya di bawah kuasa Perdana Menteri.

Setelah itu, Mahiaddin ada sehingga 60 hari untuk mengadakan PRU15, iaitu tempoh masa menurut perlembagaan negara Malaysia.

5 september, tempoh 60 hari akan membawa kepada awal November.

Bolehkah pilihan raya ini diadakan?

Walaupun Pakatan Harapan menolak diadakan pilihan raya, namun Umno dan PN dilihat bertegas mahu diadakan pilihan raya setelah Malaysia berjaya capai herd immunity suntikan vaksin.

Mahiaddin mengumumkan pada 18 Julai lalu, pada Oktober ini Malaysia akan mencapai 100 peratus suntikan vaksin dos kedua kepada semua rakyat Malaysia dewasa.

Hari ini kadar suntikan vaksin kepada rakyat telah mencecah hampir 500,000 dos sehari dan pengumuman tersebut sememangnya boleh menjadi kenyataan.

Jadi, memerhati segala perancangan ini, sudah hampir pasti Pilihan Raya Umum ke 15 akan berlangsung pada bulan November 2021, di mana seluruh rakyat Malaysia akan “berhari raya” dan pulang ke kampung, selewatnya November ini.

Namun, ada beberapa perkara yang boleh menghalang rencana terbabit antaranya jika Umno tetap berjaya jatuhkan Mahiaddin jika tidak melalui Parlimen, ia melalui SD mahupun pengumuman-pengumuman sebagaimana sebelumnya.

Pun begitu, langkah terbabit tetap lagi berisiko kerana Umno juga tidak memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan.

Tiada ulasan: