"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kluster mahkamah, penderhaka Agong uji wibawa Ismail Sabri

FAZLI RADZI

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub mempersoal sama ada barisan Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut dianggotai ‘kluster mahkamah’

Ahli Parlimen Pulai tersebut juga bertanyakan kemungkinan golongan yang menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong akan dilantik dalam Jemaah Menteri diterajui Perdana Menteri baharu itu.

“Adakah kluster mahkamah dan mereka yang jelas menderhaka kepada titah Yang di-Pertuan Agong akan dicadangkan sebagai menteri Kabinet?

“Inilah ujian pertama kewibawaan Perdana Menteri kesembilan. Rakyat memerhati dan menunggu,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Tiada ulasan: