"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Walau Parlimen tutup, menteri dan Peguam Negara berkumpul di rumah PM malam tadi

FAZLI RADZI

Walaupun sidang Parlimen ditangguhkan atas alasan bagi mencegah perebakan jangkitan Covid-19, lain pula halnya dengan sekumpulan menteri apabila berkumpul di rumah Perdana Menteri.

Pertemuan mereka malam tadi termasuk Peguam Negara Tan Sri Idris Harun, lapor Malaysia Gazette, berlaku selepas 107 Ahli Parlimen Pembangkang berhimpun di sebelah paginya di Dataran Merdeka membantah penangguhan Parlimen.

Tidak kurang sembilan kenderaan orang kenamaan (VIP) dilihat meninggalkan kediaman Tan Sri Mahiaddin Md Yasin di Bukit Damansara jam 10.30 malam tadi.

Kesemua kenderaan terbabit antaranya Vellfire dan Ford Rangers beredar selepas lebih sejam berada di kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu,

Difahamkan antara yang hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin merangkap Setiausaha Agung Perikatan Nasional.

Turut mengadakan pertemuan dengan Mahiaddin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tiada ulasan: