"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyampai berita Awesome TV Berita 7:57 didakwa keluarkan kenyataan perkauman

KLIP siaran yang tular.

Hmetro

Kuala Lumpur: Kontroversi tercetus selepas penyampai berita Awesome TV, Berita 7:57 didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dengan menggesa pengundi Melayu keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi mengelak kuasa politik jatuh kepada tangan bukan Melayu.

Klip siaran bertarikh 3 November itu menunjukkan dua penyampai berita menyatakan pengundi Melayu harus menunaikan kewajipan mereka dengan mengundi untuk menghalang kebangkitan ahli politik bukan Melayu.

Mereka juga memetik data daripada Pusat Institut Dasar Huayan untuk Kajian Masyarakat Cina di Malaysia yang mengatakan 80 peratus pengundi Cina dijangka membuang undi mereka, manakala sekitar 10 peratus tidak berhasrat untuk mengundi pada 19 November.

"Semua pengundi Melayu mesti keluar mengundi untuk menunaikan kewajipan sivik mereka jika mereka tidak mahu kuasa politik dikuasai oleh kaum lain... jika Pakatan Harapan (PH) menang," kata seorang penyampai berita dalam buletin itu.

Penyampai berita itu berkata, jika orang Melayu tidak mengundi, ahli politik yang tidak sepatutnya memegang kuasa akan berkuasa dan meminggirkan hak Melayu.

Dia juga mengingatkan pengundi Melayu untuk mengambil kira kegagalan kerajaan PH sepanjang 22 bulan memerintah, dengan mendakwa ia mengutamakan isu bukan Melayu.

Di Twitter, pengguna media sosial mengutuk klip berita itu, menyebutnya ia secara terang-terangan perkauman.

Tiada ulasan: