"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Rafizi dan saya tak berlaga, apa ingat ini Umno'

Malaysiakini 

Pengerusi PKR Anwar Ibrahim menafikan dia berselisih dengan Timbalannya Rafizi Ramli selepas masing-masing memberi jangkaan kemenangan kerusi berbeza.

Anwar menolak dakwaan Bendahari Agung BN Hishammuddin Hussein dua pemimpin tertinggi PKR itu tidak mempunyai kata sepakat dan persefahaman.

"Tetapi Hishamuddin dia kata, ini sudah laga Anwar dengan Rafizi, dia ingat ini Umno...Umno memang PM dia belum tentu lagi.

"Sekarang sudah tiga (calon), mula-mula Ismail Sabri, Zahid (Hamidi), sekarang Khairy (Jamaluddin) pun mai masuk, dia calon diri dia sendirilah," katanya ketika ditemui pemberita selepas bertemu peladang limau bali di Hulu Kinta hari ini.

"Jadi kita tidak begitu, soal pimpinan, soal calon perdana menteri (PH) itu konsensus, tetapi bila Rafizi kemukakan berdasarkan survey dan pandangan dia dan kita kena ambil kira," katanya lagi.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata dia optimis Umno, jika menang dalam pilihan raya umum, akan mengekalkannya sebagai perdana menteri.

Zahid juga dilaporkan berkata Ismail kekal sebagai 'poster boy' BN dan calon untuk jawatan perdana menteri.

Sementara itu, Khairy semalam berikrar bahawa kawasan parlimen Sungai Buloh – yang ditandinginya – akan mendapat perdana menteri dan presiden Umno suatu hari nanti jika dia menang dalam PRU15.

Bagaimanapun, bekas ahli parlimen Rembau itu tidak akan meneruskan cita-citanya sejurus selepas PRU15 kerana Ismail merupakan pilihan BN menjadi perdana menteri.

Sementara itu, Anwar menjelaskan perbezaan kenyataannya dengan Rafizi mengenai peluang kerusi dimenangi Pakatan Harapan pada PRU15 ini.

"Tetapi dalam hal ini strategi ini kita bersama, push satu agenda supaya jangan orang kita kadang-kadang terlebih yakin, tak boleh...'ooo dah menang dia relax tak boleh," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar mengulas mengenai nasib petani limau bali tempatan berhubung isu pemilikan tanah yang berlarutan.

Pengerusi PH yang bertanding di kerusi Parlimen Tambun berkata dia akan memberi keutamaan untuk menangani masalah mereka.

“Kami akan membantu mereka. Beri kami peluang dan tukar kerajaan. Kami boleh meneliti perkara itu,” jelasnya.

Tiada ulasan: